Nasihat Untuk Diriku
7:49 PTG | Author: Di Pondok Kecil
Kepentingan dirilah membawa orang benci
Kepentingan dirilah menjadikan orang habis lari

Penyakit mementingkan dirilah
menjadikan berkawan tidak dari hati

Berkawan ada tujuan peribadi
Apabila tujuan tidak sampai lari membawa diri

Berkawan orang yang ada kepentingan diri
selalunya tidak kekal

Memikirkan untuk diri sahaja
Kawan tidak dipeduli, perikemanusiaan sudah mati

Kepentingan dirilah bangsa tidak boleh bersatu
Kepentingan dirilah musuh boleh membeli
seseoranguntuk merosakkan bangsa, negara dan agama

Faham kepentingan dirilah selalu bersengit-sengit hati
Faham kepentingan dirilah selalu sahaja curiga-mencurigai
Orang mementingkan diri susah dapat kawan yang selari dan sejiwa

Bangsa yang mementingkan diri,
bangsa yang hakiki jiwa sudah mati
Yang berjalan itu adalah bangkai bernyawa
Bangsa yang tidak akan dapat kekuatan dari ramai bilangannya
Bangsa yang mudah dicatur dan dibeli orang

Asalkan dapat, agama, bangsa dan negara rosak pun tidak apa
Apa fikir agama, bangsa dan negara yang penting aku dan keluarga
Yang penting aku dan keluarga senang hidup, agama, bangsa dan negara apa kira

Orang yang mementingkan diri dia
boleh bekerjasama dengan musuhnya

Sekalipun agama, bangsa dan negara rugi apa peduli
Orang yang mementingkan diri berkawan tidak akan setia
Mereka adalah racun kepada agama, bangsa dan negara
Orang yang mementingkan diri sudah hilang wibawa
Orang ramai tidak percaya, kerana tidak boleh dipercaya
Orang ramai sentiasa curiga
|
This entry was posted on 7:49 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: