Aku mahu seorang sahabat...
7:54 PTG | Author: Di Pondok Kecil
Yang aku takut dalam perjuangan, apabila sanjungan melangit yang sangat tinggi
Yang aku mahu dalam perjuangan ialah adanya sahabat-sahabat yang menjadi penyambung kepada perjuangan yang ikhlas, seperti Abu Bakar, Umar, Othman, dan Ali

Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa, dalam bahasa ada makna, dalam makna ada rasa, dalam rasa ada bahagia juga derita. Segala-galanya santun juga peradabannya dalam dunia.

Ada masa aku dihukum dengan mata, aku tak marah
Ada masa aku dihukum dengan kata, juga aku tak marah
Tapi yang aku marah apabila aku dihukum dengan fitnah tanpa usul periksa.

Kaulah sahabat yang aku cari
Walaupun sukar mencari sahabat zaman ini
Namun aku akan terus mencari.....

Kaulah sahabatku di dunia dan di akhirat
|
This entry was posted on 7:54 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: